blog ini adalah picisan kesinambungan dari BPN yang sentiasa menyokong dan mempertahankan bangsa dan negara dari ancaman-ancaman musuh.

Friday, April 10, 2009

PR..ooo..PR..

alahai ciannye tgk keadaan/envinronment kt selangor ni.dr awal pembentukan kerajaan negeri smpai la sekarang, bermcm2 spekulasi berjenis2 konflik ade..pakcik Khalid oo pakcik khalid, xpyh la nk tunggu pakej rangsangan dr kerajaan pusat.engkau ni bermimpi di siang hari..itula manisfesto mcm2, dh tau xmampu jgn berjanji..keciannya!!! ape kata mtk tlg DSAI tlg inject pakej rangsangan utk ekonomi negeri engkau.



Kabinet baru mesti selesai isu sabotaj air Selangor
Muhammad Arif Ismail
Fri | Apr 10, 09 | 9:00:43 am MYT

SHAH ALAM, 10 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan pelantikan anggota kabinet yang baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri psemalam, dengan harapan wujud persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat dalam sebarang projek pembangunan negara.
Iklan




Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, ini adalah penting untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah disabotaj oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian secara muhibah melalui proses arbitasi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi air.

"Diharapkan agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang baru, Dato' Peter Chin Fah Kui dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air dengan kadar yang rendah kepada seluruh penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Selangor akan berhubung dengan Menteri di Unit Perancangn Ekonomi, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Kewangan bagi membincangkan tentang pakej ransangan ekonomi yang dikemukakan Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri telah mengenalpasti lima bidang pengkhususan bagi merangsangkan suasana ekonomi kini yang meliputi pemuliharaan dan pembersihan Sungai Klang melibatkan pembangunan tanah dan hutan simpan di sepanjang sungai," katanya