blog ini adalah picisan kesinambungan dari BPN yang sentiasa menyokong dan mempertahankan bangsa dan negara dari ancaman-ancaman musuh.

Monday, December 22, 2008

HUKUM HUDUD DAN KHISAS: Antara Rialiti dan Fantasi

Hukum Hudud dan Khisas adalah hukum yang telah termaktub di dalam AlQuran berkisar mengenai hukuman kepada pesalah jenayah mengikut acuan Islam.

Hukum ini bukanlah ciptaan manusia namun ia adalah saranan Allah bagi menghukum penjenayah dan hikmahnya semoga dengan tahap hukuman yang diberikan mampu mengurangkan bebannya ketika bertemu Allah di akhirat nanti.

Dibeberapa negara Arab, hukuman ini menjadi tonggak utama kepada pentadbiran dan sistem perundangan mereka.

Namun di Malaysia, hukuman ini masih belum mampu dilaksanakan.

Mengapa semua ini terjadi kepada negara Islam seperi Malaysia? mungin inilah sebabbya:

"Malaysia sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pentadbiran raja berpelembagaan. Jadi segala keputusan kerajaan dan negara di dewan rakyat memerlukan persetujuan majoriti 2/3 orang ahli."

Persoalannya sudahkah selama ini orang Melayu Islam mencapai jumlah dua pertiga di parlimen? Sudahlah tidak mencukupi, tidak sehaluan pula.

Dalam laporan utusan bertarikh 21hb Disember 2008 ini, Naib Presiden PAS, Husam Musa menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan laksanakan hukum hudud jika memerintah kerajaan persekutuan.

Persoalannya lagi..

Sejak beberapa bulan memerintah 5 negeri, siapa yang dominan sebenarnya di dalam PR ni? Bukan DAP ke? PKR? jadi kuda tunggangan DAP. PAS diperbodohkan. Kalau tak tidak wujud perjanjian Pangkor 2 oleh Pak Nizar MB Perak dengan DAP (Tiada usul negara Islam di Perak).

DAP sudah lama memperjuangkan untuk tidak menyokong pembentukan negara Islam. Inikan pula usul mengenai hukum hudud, pastinya mereka (DAP) bulat-bulat tidak menyokong.

Bagaimana Husam boleh mudah berkata begitu. Jelas PAS mempolitikkan hukum Islam demi kepentingan parti semata-mata. Rialitinya, tidak pasti.

Berjuang biar bijak bukan mengikut kehendak pribadi yang kelak memakan diri.

Rancang biar menang kepada kita sebagai Melayu Islam, bukan menang untuk Parti semata tetapi rupanya kalah ketika mengarah. Berjuang apa sebenarnya itu?

PAS berektorik.. rakyat jumud terus ditipu.. Kasihan..
Posted by TAMING SARI at 3:50 PM

DAP bantah rancangan Pas laksana hudud ~ Malaysiakini

Dec 22, 2008

DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Berita Terdahulu :

* Pas akan tetap laksana hudud jika memerintah negara – Husam ~ Malaysiakini

Kita tangok sejauh manakah pendirian PAS....., adakah PAS akan terus menerus menjadi boneka DAP, atau sebaliknya PAS BERANI mempertahankan hukum hudud?

Belum membentuk Kerajaan lagi sudah mula tiada kata sepakat !!!
Salam Perjuangan

CJ
Posted by Captain Jack at 4:43 PM
http://piratesoftheblogger.blogspot.com/2008/12/dap-bantah-rancangan-pas-laksana-hudud.html

Sunday, December 21, 2008

Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik

Lanjusoh
Sun | Dec 21, 08 | 10:43:10 am MYT
KOTA BHARU, 21 Dis (Hrkh) - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.

Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.
Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.
"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.
"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.
Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.
Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.
Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.
Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.
Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.
Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.
Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.
Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.
Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.


MAKSUD KJ SEBENARNYA BUKAN MENGATA POLITIK(PEMIMPIN) PAS MATANG..TP PELAKSANAAN WACANA PERDANA ITU SENDIRI SBB DIORG BERANI BERDEBAT ATAU ISTILAH DI TEMPAT AMBO 'BERANI BETAH'...SEKALIGUS MELENYAPKAN TANGGAPAN YG KJ TIDAK BERANI.
KALU LA PEMIMPIN MATANG DIA BERCAKAP BERDASARKAN BUKTI/FAKTA YG SAHIH BUKAN LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN.

Kelantan perkasa sektor pertanian sejak 1990 - MB

Mohd Nor Yahya
Mon | Dec 22, 08 | 12:53:06 pm MYT

KOTA BHARU, 22 Dis (Hrkh) - Kelantan akan memiliki sebuah kilang bagi memproses kelapa dara serta sebuah makmal untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan bidang pertanian.

Iklan

Pembinaan kilang tersebut membabitkan kos sebanyak RM500,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri akan terus memperkasakan bidang pertanian yang menjadi keutamaan sejak 1990.

Katanya, perkembangan bioteknologi dalam sektor pertanian akan dapat meningkatkan jumlah hasil ketika penggunaan tanah semakin terhad sekarang.

"Kelantan berhasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai jelapang makanan negara sepenuhnya pada 2015. Dan ia memerlukan transformasi dalam sektor pertanian," katanya pada seminar bioteknologi di sini, semalam.

Perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada majlis itu turut diadakan majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman antara Kelantan Biotech Corp. Sdn Bhd dan kerajaan negeri dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).Image

Turut hadir Naib Canselor UPM, Prof Dato Dr Nik Mustafa Raja Abdullah, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Shkori Mohamed, Pengarah UPEN, Haji Azamli Jamaluddin dan ahli Lembaga Pengarah Biotech Corp Sdn Bhd, Haji Zulkifli Mamat.

Selain itu, Pengarah Institut Pusat Inovasi dan Pengkomesilan UPM, Prof Dato Dr Muhamed Shariff Muhamed Din dan Pengurus Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd, Zamakhshari Muhamed.

Sementara itu, Menteri Besar berharap rakyat Kelantan mengambil peluang sepenuhnya dengan memanfaatkan potensi besar bidang bioteknologi.

Menurutnya Kelantan mengekalkan status sebagai negeri pertanian sejak awal lagi biar pun negeri lain memberi tumpuan kepada bidang perindustrian.

Bagaimanapun katanya, selepas berlaku krisis makanan di seluruh dunia, barulah banyak pihak termasuk kerajaan Malaysia memberi tumpuan utama kepada sektor pertanian.

"Kerjasama amat diperlukan dari mereka yang pakar dalam bidang bioteknologi bagi menjadikan Kelantan berjaya dalam bidang pertanian," ujar beliau.

Pembentangan kertas kerja pada seminar itu disampaikan Dekan Falkuti Agro Industri dan Sumber Asli UPM, Prof Dr Ibrahim Che Omar, Prof Dr Mohd Razi Ismail (UPM), Dr Maziah Mahmood (UPM) dan Pegawai Veterinar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Abdul Halim Mohamad.



Petikan ni di ambil dari HARAKAHDAILY

Dulu orang2 'ALIM' ckp kerajaan pusat jahat, asyik duk sekat pembangunan n pelaburan kt negeri kelantan. adoyaii..pening ambo..

Sektor pertanian di perkasakan?besh aje bunyi..sape yg memperkasakan sektor tu?

jawabnya KERAJAAN NEGERI LA adik kakak wei..

ish2..ambo bg 5 bintang la sbb kerajaaan tuan guru dapat nama.

dulu demo2 ni ckp xnk perubahan lagsg sbb dh berpuas ati ngan ape ade sekarang.tp ni lain pulak siap pesan berharap rakyat Kelantan mengambil peluang sepenuhnya dengan memanfaatkan potensi besar bidang bioteknologi.

sebut je sektor pertanian termasuklah tanaman ruji yakni padi hok utamanya..mujurlah ada KADA n kerajaan pusat yg duk bg subsidi BAJA ngan BENIH PADI.tapi xde nama plak kerajaan pusat ni.ciannye..

kilang memproses?dh improved la org2 kelantan skg ni yer..bgus2..

dlm sedar xsedar siapa yg byk membantu meningkatkan sosio-ekonomi negeri ni?jawapannya semudah ABC je..kerajaan pusat a.k.a kerajaan BN.


Saturday, December 6, 2008

HUSAM MUSA semakin menonjol dengan...?

Husam Salahguna Kuasa?

* Artikel ini saya terima menerusi email oleh seseorang yang menggelarkan dirinya pemerhatihusam. Sekiranya benar, saya akan usahakan laporan BPR dibuat ke atas beliau.

Saya Memohon disebarkan diblog anda, maklumat diperolehi adalah benar..tq

Saya tertarik memberi sedikit sebanyak tentang penyalahgunaan kuasa yang dilaku oleh Dato Husam Musa terutama di Kelantan. Sebagai Orang biasa dan pemerhati politik, saya banyak mendengar tentang kroni-kroni dan syarikat yang di taja oleh Husam Musa di Kelantan. Antara syarikat yang saya amati ialah kebanyakan nya dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Contoh yang saya kenal pasti mengikut risikan saya ialah satu Bangunan Khas bertempat di sebelahan Jalan Telipot , di situ terletak syarikat yang ditaja oleh HUSAM Musa iaitu syarikat Global Media Channel (syarikat IT ) atau ipglobal.tv dan PMBK SAWIT. Husam Musa menggunakan syarikat itu untuk kepentingannya sendiri, saya dapati pekerja yang bekerja di syarikat Global Media Channel tidak mempunyai EPF dan PERKESO padahal dah lebih setahun beroperasi dan staff 30 org pekerja…saya ada bertanya kepada pekerja di sana , rupa-rupanya syarikat itu sudah setahun beroperasi , mereka membuat siaran langsung melalui Internet di web ipglobal.tv, bagi setiap negeri pembangkang yang memerlukan siaran langsung di internet, hasil perolehan menjangkau 20k-30k dari perniagaan itu di rahsiakan, saya ada bertanya pada kakitangan di situ…rupa-rupanya Kroni –Kroni Husam Musa di syarikat Global Media telah mengelap duit syarikat tanpa membuat EPF dan PERKESO kepada pekerjanya, padahal pekerja mereka telah lama bekerja dan ada jugak di buang tanpa notis .Pekerja di situ meragui kenapa ada unsur-unsur penipuan dibawah syarikat tajaan Husam Musa , mungkin Husam Musa ada mempunyai agenda jahat tertentu .Penulis Blog Kicdefella(syed azidi) dan Hisham dua org suruhan Husam Musa yang di beri amanah menjaga syarikat Haram Husam Musa itu. Memandangkan banyak pekerja di buang sesuka hati dan pekerja takut untuk melaporkan kepada pihak berwajib hak mereka seperti EPF dan PERKESO , mereka terus di tipu oleh Husam Musa dan kroninya.

PMBK SAWIT yang jugak bersebelahan dengan Global Media Channel, ia merupakan syarikat cawangan dibawah tajaan Husam Musa jugak memandangkan ramai-ramai kroni Husam Musa, rupa-rupanya Husam Musa telah banyak melibatkan diri dalam syarikat-syarikat di Kelantan di bawah PMBK(PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN), dengan cara itu dia berkuasa membolot duit rakyat kelantan untuk kepentingan dia dan kroninya…itu terjadi pada Air Kelantan, Air kelantan jugak dulu pernah di ganggu oleh Husam Musa, sehingga Pegawainya melaporkan pada Tuan Guru Nik azik, tapi Tok guru macam tak percaya penglibatan Husam Musa.

Saya juga terkejut ada kawan-kawan saya yang ingin memohon projek balak ,takut untuk berjumpa dengan Husam Musa, padahal dengan exco seperti Nik Amar amat mudah memberi kelulusan balak kpd org melayu yang syarikat kecil…tapi berbeza Husam Musa..rakyat begitu takut untuk berjumpa dengannya untuk mendapat kelulusan balak..Kenapa ini terjadi? adakah HUsam Musa Memanupulasi duit rakyat Kelantan, saya mintak BPR siasat penglibatan HUSAM Musa dalam beberapa syarikat yang di bagitahu di atas.

PAS MEMOHON LAGI..

petikan dari utusan..

PAS MOHON PROJEK DARIPADA PUSAT

Inilah perangai Kerajaan Pas Kelantan!
Pada pilihan raya umum lalu apabila Barisan Nasional (BN) mengemukakan manifesto untuk membina lapangan terbang lebih besar dan panjang untuk Kelantan, Pas memujuk rakyat menolaknya.

Ketika itu bukan main lagi nada angkuh Pas yang menolak apa sahaja tawaran kerajaan Pusat melalui manifesto ‘Kelantan Maju, Kelantan Baru’ termasuk lapangan terbang baru untuk
Kelantan.

Semalam, melalui Utusan Malaysia, Kerajaan Pusat diminta supaya tidak terus menangguhkan cadangan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa daripada 1.98 kilometer kepada 2.4 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Anizam Abdul Rahman berkata semalam, pemanjangan landasan yang mengikut spesifikasi antarabangsa itu amat penting bagi membolehkan pendaratan pesawat lebih besar termasuk Airbus A330 dan Boeing 777.

Katanya, ia sekali gus boleh menampung permintaan perkhidmatan penerbangan yang semakin tinggi di kalangan pengguna di negeri ini, di samping membantu merancakkan ekonomi negeri termasuk sektor pelancongan.

Ketika kempen pilihan raya umum lalu, Pas meminta rakyat Kelantan, khususnya di Pengkalan Chepa sendiri jangan memilih BN kerana katanya, Pas mampu melakukan yang terbaik untuk Kelantan.

Malah, Pengkalan Chepa yang menjadi kubu Pas seolah-olah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan Pusat.

Hakikatnya, lapangan terbang, kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan, sekolah-sekolah utama dan banyak lagi projek lain adalah ikhsan Kerajaan Pusat.

Semalam Anizam berkata, kerajaan negeri sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan projek ini dijalankan memandangkan LTSIP masih mempunyai tanah yang luas dan urusan pengambilan tanah juga telah selesai sejak tahun 1980-an lagi.

Pada 27 Ogos 2006, Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan berkaitan projek berkenaan.
Mustapa dilaporkan berkata, sebanyak RM70 juta diperuntukkan untuk projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

LTSIP telah mempunyai bangunan terminal baru LTSIP seluas 12,000 meter persegi dengan kos kira-kira RM55 juta dan telah dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra pada 12 April 2004.

Bangunan terminal baru yang antara termoden di Malaysia mampu mengendalikan 580 penumpang dalam tempoh sejam berbanding 130 orang di bangunan terminal lama yang hanya seluas 1,785 meter persegi.

Menurut Anizam, LTSIP memang layak dinaik taraf memandangkan potensinya yang tinggi untuk menjadi hab pelancongan dan penerbangan antarabangsa secara terus tanpa perlu terlebih dahulu transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"LTSIP pada masa ini dalam sebulan mengendalikan sehingga 30,000 penumpang domestik dengan 25 kali perjalanan sehari. Berdasarkan kepada fakta ini, LTSIP memang perlu untuk dinaik taraf lebih awal.

"Lapangan terbang di Kuala Terengganu yang hanya mengendalikan enam perjalanan sehari sudah mempunyai landasan panjang yang juga diberikan kebenaran untuk penerbangan bagi jemaah haji," katanya.
Pada masa ini, ujarnya, LTSIP mempunyai Sistem Instrumen Pendaratan (ILS) yang membolehkan pesawat mendarat walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

"LTSIP juga mempunyai akademi penerbangan swasta pertama di pantai timur dan ketiga di negara iaitu Akademi Latihan Penerbangan Asia Pasifik (APFT)," katanya.

Satu lagi yang peliknya, Anizam menggunakan Utusan Malaysia yang dikempen oleh Pas dan Pakatan Rakyat supaya memboikotnya.

Ternyata apabila terdesak, Utusan Malaysia pun Utusan Malaysialah. Harapkan akhbar Harakah, ia hanya bercakap politik Pas tanpa memberikan sumbangan apa-apa.

keprihatinan PTPTN

Kabinet hari ini bersetuju mengurangkan caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan hari ini.

Beliau berkata keputusan itu membabitkan peminjam sedia ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam.

"Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan, permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan menjelang Disember tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mohamed Khaled berkata bagi peminjam yang tidak pernah membayar, tetap dikenakan kadar caj yang lama dan denda sebanyak satu peratus juga akan dikenakan, hanya baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru.

Sebelum ini, caj perkhidmatan PTPTN yang dikenakan terhadap penuntut peringkat siswazah ialah tiga peratus manakala pasca siswazah pula lima peratus.

Beliau berkata surat perjanjian baru akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun depan serta peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan mengembalikannya semula kepada PTPTN.

"Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian.

"Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.

Mohamed Khaled berkata dengan penurunan kadar caj itu diharapkan usaha mendapatkan semula pinjaman akan dipertingkatkan dan pelajar juga tidak mempunyai alasan lagi untuk gagal melunaskan pinjaman mereka.

Jumlah peminjam PTPTN sekarang bagi pelajar siswazah (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) ialah 1.04 juta manakala peminjam bagi pasca siswazah (Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah) seramai 2,473 orang.

Selaras dengan keputusan itu juga kementerian sedang mengkaji kemungkinan untuk menumpukan pembiayaan pendidikan di peringkat sarjana, doktor falsafah dan profesional hanya dalam bidang-bidang strategik sahaja.

-- BERNAMA.



Sebenarnya isu ini dah lama di ketahui umum terutamanya PARA MAHASISWA di IPT di seluruh negara. Cuma sekadar pesanan kepada YAB Parlimen Kubang Kerian (calon bukan anak kelantan) tak payah la nak jadi hero kononnya nak bawa isu ptptn ke mahmakah dengan alasan PTPTN cekik darah dan graduan tertekan jika tak dapat keje.
Apa lah yang di usulkan oleh YAB yg berasal dari johor tu..kalo la PTPTN ni cekik darah, suruh la PAS wujudkan pinjaman untuk para graduan yang lebih2 lagi mahasiswa yang diorg taja dalam diam..
Apa2 pun terima kasih bebanyak PTPTN dan Kerajaan.