blog ini adalah picisan kesinambungan dari BPN yang sentiasa menyokong dan mempertahankan bangsa dan negara dari ancaman-ancaman musuh.

Saturday, December 6, 2008

keprihatinan PTPTN

Kabinet hari ini bersetuju mengurangkan caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan hari ini.

Beliau berkata keputusan itu membabitkan peminjam sedia ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam.

"Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan, permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan menjelang Disember tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mohamed Khaled berkata bagi peminjam yang tidak pernah membayar, tetap dikenakan kadar caj yang lama dan denda sebanyak satu peratus juga akan dikenakan, hanya baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru.

Sebelum ini, caj perkhidmatan PTPTN yang dikenakan terhadap penuntut peringkat siswazah ialah tiga peratus manakala pasca siswazah pula lima peratus.

Beliau berkata surat perjanjian baru akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun depan serta peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan mengembalikannya semula kepada PTPTN.

"Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian.

"Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.

Mohamed Khaled berkata dengan penurunan kadar caj itu diharapkan usaha mendapatkan semula pinjaman akan dipertingkatkan dan pelajar juga tidak mempunyai alasan lagi untuk gagal melunaskan pinjaman mereka.

Jumlah peminjam PTPTN sekarang bagi pelajar siswazah (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) ialah 1.04 juta manakala peminjam bagi pasca siswazah (Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah) seramai 2,473 orang.

Selaras dengan keputusan itu juga kementerian sedang mengkaji kemungkinan untuk menumpukan pembiayaan pendidikan di peringkat sarjana, doktor falsafah dan profesional hanya dalam bidang-bidang strategik sahaja.

-- BERNAMA.



Sebenarnya isu ini dah lama di ketahui umum terutamanya PARA MAHASISWA di IPT di seluruh negara. Cuma sekadar pesanan kepada YAB Parlimen Kubang Kerian (calon bukan anak kelantan) tak payah la nak jadi hero kononnya nak bawa isu ptptn ke mahmakah dengan alasan PTPTN cekik darah dan graduan tertekan jika tak dapat keje.
Apa lah yang di usulkan oleh YAB yg berasal dari johor tu..kalo la PTPTN ni cekik darah, suruh la PAS wujudkan pinjaman untuk para graduan yang lebih2 lagi mahasiswa yang diorg taja dalam diam..
Apa2 pun terima kasih bebanyak PTPTN dan Kerajaan.

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

itulah pandainya politik taichi dan mdb pas....mdb = makan dalam baik