blog ini adalah picisan kesinambungan dari BPN yang sentiasa menyokong dan mempertahankan bangsa dan negara dari ancaman-ancaman musuh.

Monday, December 22, 2008

HUKUM HUDUD DAN KHISAS: Antara Rialiti dan Fantasi

Hukum Hudud dan Khisas adalah hukum yang telah termaktub di dalam AlQuran berkisar mengenai hukuman kepada pesalah jenayah mengikut acuan Islam.

Hukum ini bukanlah ciptaan manusia namun ia adalah saranan Allah bagi menghukum penjenayah dan hikmahnya semoga dengan tahap hukuman yang diberikan mampu mengurangkan bebannya ketika bertemu Allah di akhirat nanti.

Dibeberapa negara Arab, hukuman ini menjadi tonggak utama kepada pentadbiran dan sistem perundangan mereka.

Namun di Malaysia, hukuman ini masih belum mampu dilaksanakan.

Mengapa semua ini terjadi kepada negara Islam seperi Malaysia? mungin inilah sebabbya:

"Malaysia sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pentadbiran raja berpelembagaan. Jadi segala keputusan kerajaan dan negara di dewan rakyat memerlukan persetujuan majoriti 2/3 orang ahli."

Persoalannya sudahkah selama ini orang Melayu Islam mencapai jumlah dua pertiga di parlimen? Sudahlah tidak mencukupi, tidak sehaluan pula.

Dalam laporan utusan bertarikh 21hb Disember 2008 ini, Naib Presiden PAS, Husam Musa menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan laksanakan hukum hudud jika memerintah kerajaan persekutuan.

Persoalannya lagi..

Sejak beberapa bulan memerintah 5 negeri, siapa yang dominan sebenarnya di dalam PR ni? Bukan DAP ke? PKR? jadi kuda tunggangan DAP. PAS diperbodohkan. Kalau tak tidak wujud perjanjian Pangkor 2 oleh Pak Nizar MB Perak dengan DAP (Tiada usul negara Islam di Perak).

DAP sudah lama memperjuangkan untuk tidak menyokong pembentukan negara Islam. Inikan pula usul mengenai hukum hudud, pastinya mereka (DAP) bulat-bulat tidak menyokong.

Bagaimana Husam boleh mudah berkata begitu. Jelas PAS mempolitikkan hukum Islam demi kepentingan parti semata-mata. Rialitinya, tidak pasti.

Berjuang biar bijak bukan mengikut kehendak pribadi yang kelak memakan diri.

Rancang biar menang kepada kita sebagai Melayu Islam, bukan menang untuk Parti semata tetapi rupanya kalah ketika mengarah. Berjuang apa sebenarnya itu?

PAS berektorik.. rakyat jumud terus ditipu.. Kasihan..
Posted by TAMING SARI at 3:50 PM

7 comments:

Taminsari said...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

Taminsari said...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

tapi puak pas ni kata...kita menang malaysia dulu....lepas tu baru buat hudud.

hudud pun untuk islam saja maka orang kapir tentu akan fitnahkan kita. fikir kalau jantan kapir zinakan anak islam kita yang gatal pu## tu. maka islam saja yang kena hukum... jantan kapir tu lepas....

ada syaratnya nak buat hudud...tapi pas tak terangkan...itulah politik susut punca pas.

SHADAN HJ OTHMAN said...

Salam,
Lepas ni PAS dah tak nak cerita lagi pasal hudud...depa bertopengkan agama...lepas ni depa nah perjuangkan "PAS FOR ALL"

~PakKaramu~ said...

Selulur-selulur dong

Faizal Zakaria's Blog said...

cakap tak serupa bikin :-)


















p/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

jelaskan dulu syarat2 hudud,,, termasuk soal mahkamah, polis, peguam, penjara dll....adakah kita dah ada semua itu???