blog ini adalah picisan kesinambungan dari BPN yang sentiasa menyokong dan mempertahankan bangsa dan negara dari ancaman-ancaman musuh.

Sunday, April 12, 2009

kekecohan di pattaya?

Sidagng kemuncak ASEAN di batalkan serta merta di sebabkan pergolakan politik dalaman negara tu..sbnrya mungkin byk faktor yg mendorong tunjuk perasaan tu, mungkin dr segi cara peemrintahan, pemebntukan barisan kepimpinan, atau persepsi rakyat....kita sbnrnya xleh nk samakan keadaan politik di thailang dgn negara kita.di negara kita yg terjadi kekecohan di sebabkan ade puak2 yg 'tak bertamadun' yg di hasut golongan tertentu. kepada mereka sedarlah diri, kembali kepada jalan yg betul..mmg menjadi lumrah hidup, DIA akan uji akan kaum itu dgn nikmat utk melihat setakat mane syukurnya kita kepadaNYA.. dan seseungguhnya DIA lebih KUASA dan ADIL menentukan siapa betulk siapa salah.

Bila menang pilihanraya gak..mcm2 la andaian 'bodo' keluar dr mereka yg berkopiah ni..kalo kalah, siap nk salahkan SPR la pe la.. diorg sll duk ckp orh umno/bn ni byk dosa..tp bile kite tgk balik 'tebiat' dan perangai org2 PAS (dia ckp dia islam org lain bukan islam)sll duk mengata duk sebarkan fitnah dan khabar angin yang xbtol..umno/bn xsuci=pas suke mengata/fitnah...alohai..sebenarnya sm je kan..npe la org dlm PAS di gelar ulamak pon xkisah..nk tau sbb ape?ssb ULAMAK ni xperlu di sanjung2 xperlu mngaku dia ULAMAK. so ulamak pas yg duk bangga diri tu bkn ulama islam..tp ulamak politik..ciannya..
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI MOHON PANJATKAN DOA KEPADAMU AGAR DIBERIKAN TAUFIQ HIDAYAH DAN JALAN YG BENAR KEPADA MEREKA YG TELAH JAUH TERPESONG..AMIIN..ALLAHU AKBAR.
P/S: DEMI MARUAH AGAMA ISLAM MARILAH KITA BERSAMA2 MENEGAKKAN ISLAM YG SEBENARNYA TANPA MEMERLUKAN PARTI POLITIK YANG BERTOPENGKAN ISLAM.




Najib perlu ambil teladan apa yang berlaku di Pattaya
Irwan Muhammad Zain
Sun | Apr 12, 09 | 11:34:38 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Apr (Hrkh) - PAS menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.



Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

"Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.

"Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera," tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.

Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.

Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.

Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.

Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.

Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan.